Jual Emas Anda , Serabut berkurangan .

Lumrah, setiap kali ada masalah kewangan, kita kurang gemar berkongsi masalah dengan orang lain. Namun, semakin lama dipendam, makin rasa sebak di dada dan semakin serabut memikirkan. Jual emas anda dalam simpanan atau dalam gadaian Ar-Rahnu.

Mudah-mudahan dengan jual emas, lega sedikit tekanan yang anda rasakan

Kesulitan adalah satu perkara mudah

Sekiranya anda masih memiliki perhiasan emas 916 mahupun simpanan bar emas 999, jual emas anda kepada kami. Pada saat yang tidak terduga, ia sedikit sebanyak membantu anda dalam menyelesaikan masalah kewangan yang sedang anda atau mungkin keluarga terdekat anda sedang bergelumang.

Cikgu Banin

Kebanyakan masalah pelanggan kami

Tak Mampu Tebus

Paling ramai klien kami yang menggadaikan barangan kemas di Ar-Rahnu, tetapi tidak mampu untuk menebus balik barangan yang dipajak - dengan penyelesaian kami, mereka gembira kerana masih ada lebihan baki tunai ditangan

Keperluan Kecemasan

Baru beberapa hari lepas, kami menguruskan penjualan cincin seberat 2.26gm bertujuan membantu keluarga dalam kecemasan - kami faham keperluan ini dan anda perlukan tunai dengan sesegera mungkin

Keperluan Kelangsungan

Ada diantara klien kami yang menjual barangan kemas mereka semata-mata kerana memerlukan tunai untuk membeli barangan dapur - kami membantu mereka dengan membeli dengan harga yang paling tinggi yang kami mampu demi keselesaan mereka

gerak kerja

Mudahkan Urusniaga : Kepuasan Anda

Kami berurusan dengan profesionalisme dan dalam masa yang sama kami pertimbangkan keperluan anda. Anda perlu lalui lima (5) perkara :-

01

Lengkapkan Borang

Sila klik mana-mana pautan dalam laman web ini untuk mendapatkan borang permohonan urusniaga kami dan isi selengkapnya borang berkenaan.

02

Tawaran Harga

Dalam masa singkat, Cikgu akan menghantar  tawaran harga belian kami kepada anda melalui aplikasi WhatsApp yang disediakan oleh anda.

03

Balas Balik Tawaran

Setelah melihat tawaran yang Cikgu lampirkan, anda perlu membalas jawapan terhadap tawaran kami sama ada YA atau TIDAK bagi meneruskan urusniaga ini.

04

Penghantaran Wakil

Cikgu sendiri atau wakil akan ke premis anda bagi tujuan pengujian mutu dan berat barangan yang sebenar yang mungkin berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh anda.

05

Pembayaran

Setelah dipastikan mutu dan berat barangan tersebut, Cikgu atau wakil akan melakukan pemindahan tunai ke akaun bank yang dilampirkan oleh anda.

Hadapi Masalah?

Anda kurang faham bagaimana proses melakukan urusniaga ini? Usah gusar, klik butang WhatsApp dibawah untuk ketahui bagaimana aliran proses yang betul.

Soalan Lazim

Siapakah JualEmasAnda?

Kami memberikan kemudahan kepada orang ramai, lebih lagi mereka yang mempunyai masalah kewangan dan memiliki aset emas bagi menjual barangan kemas mereka atau menebus barangan yang dipajak di Ar-Rahnu atau mana-mana premis pajak gadai diseluruh Semenanjung Malaysia.

Apakah Mutu Emas Yang Diurusniagakan?

Kami hanya membeli atau menebus barangan yang bermutu 999, sama ada barangan kemas atau goldbar dan barangan kemas 916 sahaja. Mutu emas yang lebih rendah daripada ini – kami sama sekali tidak berurusan.

Adakah JualEmasAnda Satu SCAM?

Sama sekali TIDAK! Bahkan, JualBeliEmas yang menjadi mangsa. Hal ini kerana JualEmasAnda adalah pihak pembeli dalam urusniaga ini – kami hanya menyediakan perkhidmatan membeli dan menebus sahaja. ANDA TIADA RISIKO!

Kawasan Perkhidmatan JualEmasAnda?

JualEmasAnda menyediakan perkhidmatan membeli dan menebus barangan emas anda tidak kira di negeri mana sahaja anda berada selagi dalam Semenanjung Malaysia.

Caj Yang Dikenakan?

Apabila berurusniaga dengan kami, anda terlebih dahulu perlu maklum bahawa harga belian daripada kami tawarkan kepada anda adalah terlalu tinggi. Namun begitu, kami menetapkan CAJ PERKHIDMATAN kerana polisi kami adalah melakukan urusniaga di premis anda.

Harga Semasa JualEmasAnda Beli Dari Anda?

Sebelum melakukan urusniaga dengan kami, sila pastikan anda mengetahui dahulu harga semasa yang telah kami tetapkan untuk kesemua jenis barangan. Kami menawarkan harga yang terlalu tinggi dan kami tidak melakukan polisi tawar-menawar dalam penentuan harga.

Penetapan harga ini boleh anda rujuk melalu laman web ini dibahagian atas atau dalam media-media sosial JualEmasAnda.

Berapa Nilai RM Yang Anda Terima?

Katakan barangan yang anda miliki adalah sebentuk cincin 916 dengan berat 2.60gm. Harga belian JualEmasAnda adalah RM270.00/gm.

Maka, harga belian adalah RM702.00

Caj Perkhidmatan pula, sebagai contoh RM70.00,

Maka, tunai yang anda terima adalah

RM702.00 – RM70.00 = RM632.00

*Resit yang kami keluarkan akan ada dua (2) bahagian iaitu harga belian dan caj perkhidmatan

Bagaimana Berurusan Dengan Kami?

Bagi memudahkan urusniaga, sila lengkapkan borang penjualan barangan anda secara dalam talian.

1. Isi dengan lengkap borang berkenaan dengan lengkap.

2. Dalam tempoh kurang satu (1) jam, kami akan menghantar satu (1) sebutharga belian kami kepada anda melalui aplikasi WhatsApp.

3. Balas sebutharga kami melalui WhatsApp, sama ada YA atau TIDAK.

4. Sekiranya jawapan adalah YA, kami akan mengaturkan jadual wakil kami untuk menuju ke premis anda.

5. Setibanya wakil kami di premis anda, mereka akan menguji kesahihan mutu emas dan juga berat timbangan yang sebenar yang disaksikan oleh anda sendiri.

6. Setelah disahkan kesahihan mutu dan timbangan, seandainya tiada perubahan terhadap sebutharga awal yang kami tawarkan, maka pihak kami akan melakukan pemindahan wang tunai ke akaun anda sebagaimana dilampirkan dalam borang dalam talian.

7. Seandainya mutu dan kesahihan barangan tidak sama seperti yang dinyatakan dalam borang dalam talian, kami akan mendapatkan input daripada wakil kami yang berada di premis anda dan seterusnya, kami akan menghantar sebutharga terbaru kepada anda. Sebutharga awal dikira terbatal.